Selasa

Destinasi Pelancongan : Bandaraya Miri, Bandar Peranginan

Bandaraya Miri ~ Bandar Peranginan Utara Sarawak


















Bandaraya Miri adalah adalah bahagian keempat daripada 11 bahagian dalam negeri Sarawak. Bandaraya Miri sekarang dianggarkan mempunyai kepadatan penduduk seramai 300 000 hingga 330 000 sekarang.

 Pertambahan penduduk Miri berlaku kerana penghijrahan penduduk luar bandar dan kemasukan penduduk luar bahagian lain samada untuk mencari keselesaan hidup dan peluang pekerjaan yang banyak. Miri diistiharkan sebagai bandaraya kedua selepas Bandaraya Kuching pada 20 Mei 2005. Bandaraya Miri terkenal sebagai ‘Bandaraya Peranginan’ selain sebuah bandar minyak di Malaysia. Penemuan minyak di Malaysia adalah bermulanya di Miri pada tahun 1910. Tumbuhnya gedung-gedung pasaraya yang moden , perkhidmatan serta kemudahan  prasarana yang lengkap telah menyebabkan segala aktiviti-aktiviti seharian berjalan dengan lancar serta sibuk.Bahagian Miri terbahagi kepada 3 daerah utama iaitu daerah Miri , Subis dan Baram.












Kemudahan pengangkutan yang banyak dan mudah didapati seperti teksi, kereta sewa, bas awam tanpa konduktor telah menunjukkan betapa bandaraya Miri telah maju. Bandaraya Miri telah mengamalkan pengangkutan bas bandar tanpa konduktor yang pertama di Sarawak sebelum diikuti bandar-bandar lain di Sarawak. Ia agak mudah untuk bergerak di sekitar Bandaraya yang Miri cukup kecil untuk bersiar-siar. Pelancong-pelancong dari negara jiran Brunei Darussalam memang sentiasa membanjiri bandaraya Miri setiap hujung minggu dan tak hairan suasana jalan yang sesak ketika hujung.













Berkenaan tempat penginapan, pelbagai pilihan tempat penginapan yang disediakan di bandar Miri dari pusat peranginan mewah, apartmen dan hotel, rumah tumpangan dan rumah tamu, tidak menjadi masalah untuk pengunjung mencari tempat tinggal yang memenuhi keperluan serta bajet . Kalau nak penginapan yang banyak bintang - Miri Marriott Resort tapi kena tambah bajet. Kedai makanan yang pelbagai, masakan antarabangsa dan kafe yang selesa dan gerai-gerai makanan, kedai-kedai makanan segera, makanan halal sangat mudah didapati untuk orang Islam. Kawasan pusat komersial yang sibuk di tengah-tengah bandar dan kompleks membeli-belah yang berhawa dingin di sekitar Miri pasti memenuhi segala keperluan anda seperti bandar besar di negeri lain. Selain tempat pasaraya, terdapat 14 taman awam dan rekreasi di Miri di antaranya ialah Taman Bulatan Miri , Taman Selera ( Tempat perkelahan-Tg Lobang), Taman Awam Miri, Marina Bay, Taman Buaya-Kuala Baram, Luak Bay Esplanade-Pantai Luak, Muzium Sains Petronas-Bukit Kanada (boleh lihat sebahagian bandaraya Miri dari bukit ini), Taman Miri City Fan-pernah dianugerahkan sebagai  taman bandaraya berlandskap terbaik Malaysia pada tahun 2001, Hawaii Beach-Kampung Bakam, Taman Negara Bukit Lambir, Borneo Tropical Rainforest Resort-38km dan Pantai Lutong Beach. Pada masa sekarang ada dua projek besar sedang dalam pembinaan dan perancangan  iaitu Marina Park dan Miri Waterfront.

Bandaraya Miri juga menjadi tempat tinggal kepada sebilangan besar penduduk asli Sarawak seperti Melayu Brunei, Iban, Bidayuh, Penan, Kayan, Kenyah, Punan, Lun Bawang, Berawan, Dalik, Miriek, Melanau, Kiput, Kedayan dan Kelabit. Terdapat banyak acara kebudayaan yang diadakan di Bandaraya Miri, seperti sambutan Gawai Dayak dan Minggu Warisan Kebudayaan Miri - majlis besar-besaran apabila anda mempunyai peluang untuk melihat semua komuniti tempatan asli berkumpul bersama-sama. Seperti yang diketahui negeri Sarawak mempunyai banyak kaum dan anggaran bilangan kaum di Sarawak ialah 28 kaum yang diketahui. Kaum Melayu pula asalnya kaum yang berhijrah dari Brunei ke Miri kerana sejarah telah menyatakan bahawa Sarawak ini dahulu adalah di bawah naungan negara Brunei. Sekarang, tidak menjadi kelainan perkahwinan campur di Sarawak. Keturunan keluarga AK sendiri pun dah banyak campuran kaum. Bagi pengunjung yang baru sampai ke bandaraya Miri, memang susah dan sukar untuk mengenal pasti jenis-jenis kaum bila berjumpa dengan hanya menatap wajah saja. Bulan Jun merupakan bulan sambutan Hari Gawai di Sarawak bagi kaum dayak. Kalau nak tengok macam mana budaya ketika menyambut Hari Gawai di rumah panjang..jom, datang dan tengok sendiri.
Oklah, kita tinggalkan sejarah budaya kaum di Miri.


Selain bandaraya Miri, pekan-pekan kecil yang berhampiran dengan bandaraya Miri tidak kurang hebat dan keistimewaan seperti pekan Bekenu, pekan Batu Niah dan pekan Marudi. AK hanya bercerita 2 buah pekan saja untuk kali ini iaitu Pekan Bekenu dan Pekan Batu Niah. Siapa yang tidak kenal ‘Gua Niah’ ?. Gua yang terkenal di kalangan masyarakat antarabangsa dan merupakan gua warisan dunia. Untuk sampai ke Gua Niah kenalah melalui pekan Bekenu yang terkenal dengan hasil tani dan perikanan. Pekan Bekenu hanya memakan masa selama 45 minit hingga 50 minit saja dari bandaraya Miri melalui jalan persisir pantai atau 45 km, manakala masa untuk ke Pekan Batu Niah pula memakan masa selama 1 jam hingga 1 jam 30 minit kira-kira anggaran jarak 90 km melalui jalanraya persisir pantai. Untuk makluman anda, kawasan Bekenu, Niah di dalam daerah Subis. Kebanyakan penduduk setempat mengusahakan hasil pertanian seperti pekebun kecil dan perladangan terutamanya penanaman kelapa sawit. Selain itu ada juga menyara hidup sebagai nelayan.


Pekan Bekenu ( Ikon Buah Sawit)

Sebuah pekan kecil yang sedang pesat membangun. Bekenu terkenal dengan hasil pertanian yang pelbagai seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Majoriti penduduk di kawasan Bekenu adalah kaum Kedayan selain kaum Iban, Melayu, Melanau dan menurut kajian pakar ,Bekenu Sibuti asalnya diduduki oleh kaum Dalik dari keturunan Orang Kaya Bilong,Orang Kaya Lubok dan Orang Kaya Janai (BADAMI~ Bakong,Dalik,Miriek) Kebanyakkan penduduknya adalah beragama Islam. Apabila tiba hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad, ramai pengunjung samada dari kawasan bandar Miri dan Niah datang ke Bekenu untuk ke pasar tamu Bekenu. Nak cari pelbagai hasil tani dari buah-buahan hingga ke sayur-sayuran serta hasil nelayan yang ‘fresh’..bak kata pakcik dalam siaran televisyen dulu ‘Macam-macam ada’. Selain itu terdapat tempat rekreasi iaitu Pantai Bungai, Pantai Peliau dan Pantai Tusan. nak tahu lagi tentang Bekenu klik ke sini 





 Kita akan mengambil masa lebih kurang 10-15 minit dari Pekan Bekenu untuk ketiga-tiga tempat tersebut. Pada hujung minggu, ramai pengunjung datang dan bermalam di Pantai Bungai. Di kawasan Pantai Bungai juga terdapat juga ‘home stay’ dan rumah rehat(Lodge) untuk kemudahan pengunjung atau pelancong yang hendak bermalam di tepi pantai yang jauh dari hiruk pikuk suasana bandar.


Pekan Batu Niah (Ikon Burung Layang-Layang)

Sebuah pekan kecil yang sibuk dengan urusan seharian selain mempunyai tempat pelancongan yang terkenal iaitu Gua Niah. Ikonnya pula ialah ‘Burung Layang’. Ak dah 3 kali sampai ke Gua Niah masa muda remaja dulu. Sekarang tak larat AK nak jalan, lutut terasa lenguh. Kalau kita nak pergi ke gua batu kapur Gua Niah, kita akan singgah di Taman Negara Niah di Pangkalan Lobang. Jarak pekan Batu Niah ke Taman Negara Niah 3 km. Daftar dulu di kaunter Taman Negara .Dari taman Negara Niah kita akan menyeberang anak sungai dan akan melalui Muzium Sejarah . Jarak masa perjalanan dari Taman Negara Niah ke Gua Niah kira-kira 40-45 minit dengan hanya berjalan kaki. Pengunjung akan berjalan menggunakan jalan berupa laluan papan belian (plankwood) yang sebesar 1 setengah meter.



Kita tidak akan terasa penat kerana sambil berjalan kita akan menikmati keindahan flora dan hutan rimba di sekelilingnya. Jaraknya untuk sampai ke gua ialah 9 km. Seperti yang kita ketahui di dalam Gua Niah kita akan dapat melihat sarang burung layang-layang (walit) dan seni artifak berupa lukisan purba orang-orang dahulu kala. Pesan Ak, kepada  sesiapa yang sudah selesai mengunjungi Gua Niah, minta ler sijil lawatan sebagai tanda kenang-kenangan. Rugi tak minta dan dapat menjadi bukti kita pernah sampai ke Gua Niah. Kena guna pakaian yang sesuai dan bawa air secukupnya. Yang sakit lutut  semput, dan asma, tak payah ler nak pergi. Nak tengok gambar-gambar di Niah,klilk sini:~
 http://www.panoramio.com/map/#lt=3.804325&ln=113.752661&z=2&k=2&a=1&tab=1&pl=all






Di bawah ini AK sertakan sedikit gambar tentang Bandaraya Miri.



















Marina Bay, Jalan Brighton
Restoran Sajian Warisan

Merdeka Mall
Merdeka Mall






Cari pengangkutan tanpa had perjalanan di Miri, bolehlah e-mail AK :aljukimong@gmail.com 


5 tweets pengikut AK dalam tweeter yang terpilih:~

uhmm....sik tauk cmney mok mdh ngn kitak.kmk syg kitak gilak2 . tp , uhmm :'( :'(

puihhh siak nie kentut bau kuning telur !!

Sekuat manapun seorang lelaki pasti akan menitiskan air mata kalau matanye dicucuk. Haha

amboii mulut hang ! berbiso ! behave laa, ko tu pompuan. :) *by the way, thanks sebab sedekahkan pahala kat saya.suko sangat :D

adakah menari smpe tmuntah2 ahhaha mabok sik juak



6 ulasan:

fyna ahmad berkata...

teringin hendak ke sini ^_^

aljukimong@ AK berkata...

Kalau ada kemahuan..pasti ada jln..inshaa allah ..

Gulupu berkata...

hello...

Unknown berkata...

Anda dan keluarga bercuti di Miri ? Kami dar HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Miri dengan harga yang berpatutan . Sewa untuk kegunaan di Miri-Brunei boleh di atur
Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapat harga yang terbaik di pasaran!
www.hrbcarrental.com

[: ♥♥♥ Saranghaeyo ♥♥♥ :] berkata...

Sajian warisan kt mana skrg.. Dulu ada kt luak

aljukimong@ AK berkata...

[: ♥♥♥ Saranghaeyo ♥♥♥ :] sekrg 3 tempat Sajian Warisan ..1. Permaisuri Mall 2. Tajung Lobang 3. di Permyjaya